Pengenalan

 

LATAR BELAKANG FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

Liku sejarah Fakulti Sains dan Matematik bermula dengan tertubuhnya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 1997 dengan nama Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Selaras dengan visi dan misi untuk mentransformasikan UPSI ke peringkat antarabangsa, UPSI telah melakukan penstrukturan semula Fakulti Sains dan Teknologi kepada Fakulti Sains dan Matematik (FSM) berkuatkuasa mulai 1 Jun 2010.

Penstrukturan semula ini menjadikan Fakulti Sains dan Matematik bersedia menerajui penerokaan ilmu yang terkini, relevan dan sentiasa diperbatasan ilmu sains dan matematik. Seterusnya, Fakulti Sains dan Matematik akan memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan dan transformasi pendidikan negara melalui program pengajian sedia ada dan baharu, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan aktiviti khidmat masyarakat.

Program pengajian yang ditawarkan ialah program-program berkaitan sains dan matematik. Matlamat utama program pengajian adalah untuk meningkatkan dan memantapkan pengetahuan, kemahiran dan persediaan bakal pendidikan sains dan matematik di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Program yang ditawarkan bertujuan untuk menyambung ke arah pembangunan dan kemajuan pengetahuan serta kemahiran sains asa, sains gunaan serta logik matematik selaras dengan moto fakulti iaitu “Memupuk Minda Kreatif”. Kecemerlangan fakulti sains dan matematikdibuktikan menerusi penerimaan pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam bidang peneyelidikan dan inovasi di peringakat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain daripada itu, Fakulti Sains dan Matematik juga aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat menerusi aktiviti dan program berterusan yang dijalankan termasuk Perak Expo For Young Scientists (PEYS) dan aktiviti di bawah Projek Sekolah Bitara Upsi Serta Projek Sekolah Cluster KPT-KPM