Fakulti Sains dan Matematik (FSM) menawarkan enam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang dirangka khusus untuk melahirkan guru sains dan matematik yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran profesional dan bersedia untuk menyumbang secara aktif dalam pendidikan menengah.

Matlamat utama program-program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran pedagogi dan kesediaan profesional pelajar dalam bidang pendidikan sains dan matematik, khususnya di peringkat sekolah menengah. Kurikulum setiap program digubal untuk menggabungkan aspek teori dan amali secara seimbang serta memperkukuh kemahiran penyampaian kandungan secara kreatif, inovatif dan berkesan.

FSM komited untuk menyumbang kepada pembangunan ilmu dalam bidang sains asas, sains gunaan dan logik matematik yang relevan dengan keperluan semasa negara. Penekanan turut diberikan kepada nilai profesionalisme keguruan, pemikiran saintifik dan literasi STEM, selaras dengan moto fakulti, “Memupuk Minda Kreatif”.

Final Year Project Guideline