
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (AT16)
Program ini menawarkan pengetahuan asas pelbagai bidang sains termasuk biologi, fizik, dan kimia dengan penekanan pada pedagogi sains bersepadu. Antara kursus yang disediakan adalah Mekanik, Kimia, Konsep Biologi, Matematik untuk Fizik, Sains Pemakanan dan Nutrisi. Penekanan turut diberikan kepada pengajaran, pentaksiran, teknologi dan inovasi dalam pendidikan sains.
Tempoh Pengajian
8 semester (4 tahun)
Prospek Kerjaya
- Guru Sains
- Personal tutor
- Jurulatih STEM
- Pegawai pembangunan bahan pengajaran sains