(in Malay translation only)

FSM komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional dan beretika kepada pelanggan kami seperti berikut :

 

  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
  2. Memastikan Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.
  3. Memastikan pelajar telah membuat pendaftaran semester melalui MyUPSI Portal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kuliah bermula pada setiap semester pengajian
  4. Memastikan senarai penerima sijil dekan dipaparkan dua (2) minggu selepas kelulusan Mesyuarat Senat
  5. Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan
  6. Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang- kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.
  7. Memastikan rancangan instruksional (RI) / pro forma kursus boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.
  8. Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti / program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  9. Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal / bengkel / stor / studio sedia digunakan selewat-lewatnya sepuluh (10) minit sebelum kuliah bermula.
  10. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.