(in Malay translation only)
FSM komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional dan beretika kepada pelanggan kami seperti berikut :
- Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
- Memastikan Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.
- Memastikan pelajar telah membuat pendaftaran semester melalui MyUPSI Portal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kuliah bermula pada setiap semester pengajian
- Memastikan senarai penerima sijil dekan dipaparkan dua (2) minggu selepas kelulusan Mesyuarat Senat
- Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan
- Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang- kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.
- Memastikan rancangan instruksional (RI) / pro forma kursus boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.
- Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti / program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal / bengkel / stor / studio sedia digunakan selewat-lewatnya sepuluh (10) minit sebelum kuliah bermula.
- Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.