International Webinar: Beyond The Stars – Astronomy, Innovation and Global Perspectives

Published on September 7, 2026 by ib im

Sekitar berlangsungnya International Webinar: Beyond The Stars – Astronomy, Innovation and Global Perspectives anjuran Kelab Rakan Astronomi UPSI Sidang AstroNexus 2025/2026 dengan kolaborasi bersama rakan strategik dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Mesir. 🌍✨

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mei 2026 secara dalam talian dengan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi antarabangsa yang bersama-sama berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan bidang astronomi, inovasi dan perspektif global. 🚀🔭

Webinar ini bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta dalam bidang astronomi dan sains moden, di samping memperkenalkan teknologi seperti teleskop digital, satelit dan aplikasi astronomi terkini. Selain itu, program ini turut memupuk minat terhadap bidang STEM serta menggalakkan penyelidikan, inovasi dan kerjaya dalam industri angkasa. 🌌✨

Program ini juga berjaya mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama akademik dan perkongsian ilmu bersama komuniti astronomi antarabangsa dalam suasana yang santai, mesra dan penuh bermakna. 🤝🌠

Terima kasih diucapkan kepada semua panel, kolaborator @bemfikom.unissula@mpputb@official_mp3m@fsm_upsi@pms_upsi@kastrounisza@putraspaceclubupm@mahasiswa.smart@spacein.malaysia serta para peserta yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. ✨