Video Promosi Pesisir
Program Pesisir (Offshore) adalah pengajian sedia ada yang dilaksanakan mengikut mod khas yang dirancang di mana standard program yang ditawarkan adalah setara dengan program pengajian sepenuh masa.
Program Pesisir Diploma Sains (Matematik) merupakan program diploma setara dengan program Diploma Sains (Matematik) sepenuh masa yang dilaksanakan secara mod khas memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjalani pengajian di lokasi berhampiran.
Kelebihan mengikuti program Pesisir Diploma Sains (Matematik):
i. Waktu pembelajaran yang fleksibel tidak tertakluk kepada semester pengajian sepenuh masa.
ii. Mudah akses – pembelajaran dilaksanakan di lokasi berhampiran.
iii. Pembelajaran hibrid memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran secara bersemuka dan atas talian.
iv. Yuran pengajian yang berpatutan Sertai kami dan mendaftar di UPSI.
Program ini terbuka kepada calon yang mengikuti aliran Sains pada peringkat SPM. Setiap calon yang
memohon untuk mengikuti program Diploma Sains (Matematik) adalah tertakluk kepada Syarat Am
Universiti dan Syarat Khas Program.
(i) Syarat Am
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf
dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran sejarah (SPM 2013 dan ke atas).
(ii) Syarat Khas Program
Mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik Tambahan
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.