Smart Classroom

Ruang Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21

Smart Classroom adalah ruang pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel, moden dan interaktif, sesuai untuk mod bersemuka dan hibrid. Ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan kemudahan terkini yang menyokong pendekatan pedagogi aktif dan kolaboratif, seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.

Smart TV utama dan TV di setiap meja pelajar, yang membolehkan paparan kandungan digital secara serentak dan berskala kecil, menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar dan memudahkan diskusi kumpulan.

smartboard-300

Smart Board interaktif yang membolehkan guru dan pelajar menulis, melakar dan berinteraksi secara langsung dengan bahan pengajaran secara digital.

wireless-microphone-300

Sistem audio yang lengkap termasuk pembesar suara berkualiti tinggi dan microphone tanpa wayar bagi memastikan penyampaian suara yang jelas untuk semua peserta, termasuk mereka yang mengikuti secara dalam talian

table-300

Meja pelajar yang fleksibel dan ergonomik, sesuai untuk aktiviti kolaboratif, penyelesaian masalah, eksperimen dan perbincangan kumpulan kecil

aid-tools-300

Kelengkapan pembelajaran tambahan seperti mini whiteboard, bahan bantu mengajar interaktif, dan peralatan amali yang menyokong pendekatan hands-on terutamanya dalam mata pelajaran Sains, termasuk Kimia, Fizik dan Biologi.

space-300

Ruang ini turut menyokong penggunaan peranti peribadi pelajar (BYOD) dengan kemudahan sambungan internet yang stabil dan pantas.

  • – Kapasiti: 60 tempat duduk
  • Pengoperasian: Isnin – Juamat (kecuali cuti umum), 8.00 pagi – 5.00 petang
  • 100% liputan Wi-Fi 

Smart Classroom
Aras 2, Blok 4,
Fakuti Sains dan Matematik,
Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

Pegawai untuk dihubungi
Noormazlan bin Moohamed
Penolong Pegawai Sains C5
Email : noormzlan@upsi.edu.my
Tel. : 05 – 450 7331