
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian (AT13)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan menyeluruh dalam bidang kimia termasuk Kimia Organik, Kimia Tak Organik, Kimia Analisis, Industri dan Isu Semasa dalam Kimia, disertai kemahiran mengajar yang berkesan. Penekanan turut diberikan kepada pengajaran, pentaksiran, teknologi dan inovasi dalam pendidikan kimia.
Tempoh Pengajian
8 semester (4 tahun)
Prospek Kerjaya
- Guru Kimia
- Personal tutor
- Juruanalisis atau pegawai makmal
- Pembangun bahan pengajaran kimia